Gencatan Senjata 22 Jun 1940
Gencatan Senjata 22 Jun 1940

Gencatan Senjata 22 Jun 1940

Koordinat: 49°25′38″N 2°54′23″E / 49.42736111°N 2.90641944°E / 49.42736111; 2.90641944Perletakan Senjata 22 Jun 1940 telah ditandatangani pada jam 18:36[1] berhampiran Compiègne, Perancis, oleh para pegawai kanan Jerman Nazi dan Republik Ketiga Perancis. Ia tidak berkuatkuasa sehingga selepas tengah malam 25 Jun.Penandatangan bagi pihak Jerman termasuklah para pegawai kanan tentera seperti Jeneral Wilhelm Keitel,[1] iaitu Panglima Angkatan Tentera Jerman (Wehrmacht), sementara yang berada di sebelah Perancis adalah pegawai yang lebih rendah, seperti Jeneral Charles Huntziger. Berikutan kemenangan muktamad Jerman dalam Pertempuran Perancis (10 Mei–21 Jun 1940), perletakan senjata ini telah menubuhkan zon pendudukan Jerman di Utara dan Barat Perancis yang merangkumi semua pelabuhan Selat Inggeris dan Lautan Atlantik dan membiarkan zon bebas selebihnya ditadbir oleh Perancis. Adolf Hitler sengaja memilih Hutan Compiègne sebagai lokasi untuk menandatangani perletakan senjata itu kerana peranan simboliknya sebagai lokasi Perletakan Senjata dengan Jerman pada tahun 1918 yang menandakan berakhirnya Perang Dunia I dengan penyerahan kalah Jerman.